Followers

Thursday, 3 January 2013

Tempahan Gubahan Hantaran Pertunangan (Merah & Putih)

Salam Jumaat kepada semua readers dan Selamat Tahun Baru...

Dah lama tak membebel kat dalam blog nih...harap2 di tahun baru 2013 ni, tangan ni ligat sikit menaip...sebenarnya banyak je mende yang nak dikongsikan dengan korang semua tapi maklumlah macam biasa alasannya ialah bizi...bizi...bizi...hek eleh, macam la ko tu perdana menteri kan sampai takde masa langsung nak hapdet kat blog kesayangan ni....alasan kedua ialah line tenet yang slow tahap gaban macam siput sedut...eh, silap...siput bab 1...=) tengah berpiker2 lagi ni nak pakai line ape pulak...p1 wimax tu langsung tak boleh pakai...ni lah padahnya bile duduk kat kawasan bukit bukau...katanya u-mobile okey jugak...hurmm, nak try la...

Macam biasa tak sah kalau tak membebel panjang mukadimah aku kan...Cenggini ceritanya, aku nak hapdet  pasal menjadi tukang gubah hantaran secara bidan terjun bulan lepas....aku ade sorang opismet yang belom kawen...satu2nya adik lelaki dalam department aku ni....Tanggal 15/12/2012, beliau telah bertunang dengan gadis pilihan keluarganya...Dia ada 4 orang kakak, tapi katanya takde sorang pon yang nak tolong buatkan hantaran untuk dia bertunang...sobs...:'(

So, aku kekononnya sebagai kakak opis yang sangat prihatin meng"volunteer"kan diri aku menggubah hantaran pertunangan beliau...sewa bekas hantaran aku tak caj pon, aku cuma amik upah beli bahan2 yang perlu je...yelah nak mintak upah mahal2 pon kang tak cantik, aku jugak yang malu..okeylah daripada korang layan aku melalut panjang ni, baik korang tengok sikit hasil kerja tangan "kayu" aku menggubah hantaran ni...okey ke idok????



1) cokelat 




6 bekas semuanya....(sila abaikan sireh junjong yang masih togel itu)


2) bekas cincin 


3) tafsir al-Quran 


4) epal n strawberry 
gubahan ni ade perubahan sikit setelah ditegur oleh en. suami...tapi x snap pic selepas...aku cuma tambah tisu untuk buat sarang epal tu, so takdelah nampak merah je semua...


5) sejadah 


6) sireh junjong moden(tak berapa nak junjong sangatla...) 
ni sirih junjung yang dah siap...first-time ever buat sireh ni...masa aku kawen dulu pon tak buat...

Amacam hasil gubahan aku yang pertama kali untuk orang lain???hehe, okeylah kot...yang penting si penunang puas hati, suka dan siap bayar extra lagi...bagus betul budi bahasanya (eceh, ayat bodek)...nak kawen nanti tempah dengan akak lagi yer...ehem!

Bagi sesiapa yang nak sewa bekas hantaran, boleh lah emel je terus dekat aku : 

teribalqis@gmail.com

untuk kadar sewa boleh tengok SINI...
XOXO


3 comments:

My name is Wanita, and this is my story... said...

salam awak. saya dari Pretty Qalesya :) saya save-kan untuk awak yang pink tu ya :)

terima kasih sebab singgah Pretty Qalesya :)

Ummi Balqis Ismail said...

ok thanx dear...hampir2 lupa dah...sbb awk x reply kan...k nnt sy bt payment 23hb yer...

NH Mewah Global said...

Saya marketing kan blog awak dalam blog saya eh... boleh? I like your hantaran designs...